Watak dan Perwatakan Sasakibe_Chōjirō

Perwatakan sebenarnya tidak diberi penekanan tetapi pakaian seragamnya melambangkan seorang shinigami biasa dan pemain pedang. Dia memakai jinbaori di atas seragamnya dan pelindung tangan. Tidak banyak yang diketahui tentangnya.

Dalam manga, Sasakibe ditonjolkan sebagai seorang lelaki yang tidak mempunyai anak mata dan menyebabkan para pembaca bertanggapan bahawa dia sebenarnya buta. Tetapi, dalam anime, dia diberi sepasang mata berwarna perang muda. Jika dia buta, maka dia tidak akan dipengaruhi oleh kesan hipnosis zanpakutō milik Aizen Sōsuke.

Nama Sasakibe tidak diperkenalkan dengan serta-merta selepas kemunculan wataknya dalam manga (nama zanpakutōnya didedahkan terlebih dahulu sebelum namanya). Oleh sebab itu, dia merupakan salah satu watak yang misteri dalam Bleach.